Kehidupan peribadi Abhishek_Bachchan

Pada Oktober 2002, Bachchan mengumumkan pertunangannya dengan Karisma Kapoor tetapi pertunangan tersebut putus pada Januari 2003.[3] Kemudian pada 14 Januari 2007 Bachchan mengumumkan tarikh pertunangannya dengan Aishwarya Rai.[4]

Pada 20 April 2007, Abhishek mengahwini Aishwarya Rai mengikut upacara tradisional Hindu. Perkahwinan ini diadakan secara tertutup di kediaman Bachchan, Prateeksha di Juhu, Mumbai.[5]

Pada 16 November 2011, Rai melahirkan seorang anak perempuan dan isu ini telah menjadi hangat di seluruh dunia. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto palsu mengenai Aishwarya iaitu gambar Aishwarya bersama anaknya di hospital di Internet dan Facebook. Bachchan kemudian mengatakan bahawa foto Aishwarya bersama anaknya akan diedarkan di media sebaik sahaja menantunya kembali ke rumah daripada hospital.